Kelas Pembangunan Blog
7 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 6 Februari 2018 yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan kelas pembangunan blog kepada pelajar lepasan SPM yang berada disekitar Engkilili.
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan kemahiran dan tunjuk ajar kepada peserta yang hadir tentang membangunkan blog. Para peserta didedahkan dengan beberapa jenis blog yang boleh mereka bangunkan seperti blog kesihatan, blog informasi terkini, blog kecantikan dan blog diari.
Dalam kelas ini , perserta juga diajar bagaimana menukar cursor yang berbentuk animasi pada blog. Selain itu, cara untuk memuat naik animasi pada blog juga turut diajar. Akhir sekali, peserta diajar bagaimana membuat post dan mengemaskini post pada blog masing-masing.
Kelas pembangunan blog ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: